Ticker

6/recent/ticker-posts

HUAWEI Mate XT Ultimate Design – Smartphone Tri-Lipat Pertama Dunia Dah Sampai Malaysia!

Kuala Lumpur, 18 Februari 2025 – HUAWEI memang tak pernah gagal buat kita teruja. Kali ni, diorang bawak masuk HUAWEI Mate XT Ultimate Design, smartphone tri-lipat pertama kat dunia, terus ke pasaran Malaysia. Ini bukan lipat biasa-biasa tau, ni lipat tiga!

Nampak Style & Nampak Mahal!

Dari segi design, Mate XT Ultimate Design ni memang lain macam. Ada Star Diamond Design yang buat dia nampak premium habis – permukaan berkilat, sudut melengkung smooth, memang nampak mahal bila pegang. Sesuai sangat untuk korang yang suka gajet yang bukan je power, tapi ada gaya.

Mode lipat 3 – Guna Ikut Kesesuaian.

Ni yang paling gempak – dia boleh lipat sampai 3 mode, ikut apa yang korang tengah buat:

  • Skrin Tunggal – Yang ni kalau korang guna macam biasa, Nak call, ambil gambar dan lain-lain.

  • Skrin Berkembar – Senang nak baca artikel, buat kerja, balas email, semua boleh buat serentak.

  • Skrin Penuh (Triple Screen) – Buka terus jadi 10.2 inci, rasa macam tablet. Syok gila nak layan movie atau multitasking buat kerja sambil tengok video dan macam-macam lagi.

Sistem engsel dia pun bukan biasa-biasa – guna trek berganda untuk lipatan dalam & luar, smooth je buka tutup. Display dia guna teknologi HUAWEI X-True, memang cantik, warna terang, dan fleksibel untuk lipatan ke dalam & luar tanpa risau pecah.

Kamera XMAGE – Snap Gambar Memang Ngam!

Untuk korang yang suka tangkap gambar, Mate XT ni bawa teknologi HUAWEI XMAGE siap dengan 10-step adjustable aperture. Maknanya, dari gambar landscape sampai close-up, semua hasil cun. Ada juga feature Speed Snapshot – nak snap gambar benda bergerak laju pun tak kabur!

Warna & Bila Boleh Beli?

Mate XT Ultimate Design datang dengan 2 warna premium:

  • Merah – Bold dan nampak mewah.

  • Hitam – Elegan dan premium.

Pra-tempahan start hari ni sampai 14 Mac 2025. Boleh order kat:

  • HUAWEI Experience Stores

  • Website Rasmi HUAWEI

  • Shopee HUAWEI Store

  • Lazada HUAWEI Flagship Store

  • TikTok Shop HUAWEI

Siapa yang pre-order, dapat 1 Tahun Screen Protection bernilai RM3,999 free! Harga dia? RM14,999 . 

Mate XT Ultimate Design ni confirm jadi perbualan ramai. Sebab teknologi tri-lipat macam ni first dalam dunia yang Huawei buat. Gabungan design mewah, display fleksibel, dan kamera pun boleh kata power – memang buat kita rasa nak guna.

#putraz #tech #techlifestyle #technology #Huawei #HuaweiMateXT

Post a Comment

0 Comments