vivo Y04 Dah Sampai Malaysia! Harga RM399 Je Siap Ada IP64 & Skrin 90Hz
vivo baru je rasmi lancarkan model bajet terbaru dorang – vivo Y04 – kat Malaysia! Walaupun harga dia cuma RM399, tapi jangan terkejut sebab banyak benda best yang disumbat dalam phone ni.

Apa yang korang dapat dengan RM399?
- Skrin besar 6.74 inci LCD HD+ (720 x 1600)
- Refresh rate 90Hz – scroll pun smooth!
- Cipset Unisoc T7225 + 4GB RAM
- Storan 128GB – boleh simpan banyak gambar dan apps
- Bateri 5,500mAh – tahan lama, sesuai untuk heavy user
- Caj pantas 15W
- Fingerprint tepi + headphone jack
- Funtouch OS 14 berasaskan Android 14
Kamera OK ke?
Kamera utama dia 13MP, dan selfie cam 5MP. Ada fungsi AI macam AI Erase untuk buang objek mengganggu dalam gambar – ala-ala magic erase!
Ketahanan & Design
vivo Y04 datang dengan rating IP64 – kalis debu dan percikan air. Lepas tu, dia dapat pengiktirafan SGS 5-Star Military Grade anti-drop. Senang cakap, jatuh pun ada protection.
Warna pilihan:
- Titanium Gold
- Jade Green
- Crystal Violet
Macam mana nak beli?
Harga rasmi: RM399
Tapi kalau guna Hotlink Postpaid, boleh dapat harga RM139 je untuk bulan pertama, pastu bayar RM60/bulan untuk 11 bulan.
vivo Y04 ni memang sesuai untuk korang yang cari phone bajet tapi tahan lasak, skrin cantik dan bateri besar!
0 Comments
Komen pendapat anda