Ticker

6/recent/ticker-posts

HONOR Mengumumkan HONOR ROBOT PHONE 🤯

HONOR ROBOT PHONE. Permulaan Era Baru AI Device

HONOR sekali lagi mencuri perhatian dunia dengan pengumuman paling pelik tapi menarik.
HONOR ROBOT PHONE. Diumumkan semasa pelancaran siri Magic8 di Beijing semalam, ia bukan sekadar telefon pintar biasa, tapi satu bentuk baharu dalam evolusi peranti AI.

Dari Smartphone ke AI Phone, Kini ke Robot Phone

Kalau dulu kita bercakap tentang “smartphone”, HONOR kini menolak sempadan itu ke tahap seterusnya, AI phone yang mampu belajar dan berevolusi sendiri.
Dengan pelancaran Magic8, HONOR memperkenalkan konsep self-evolving AI phone, dan ROBOT PHONE ni akan jadi langkah besar seterusnya dalam HONOR Alpha Plan.

Apa yang Buat Robot Phone Ni Lain?

Menurut HONOR, ROBOT PHONE akan menggabungkan:

  • AI multi-modal intelligencesistem kecerdasan buatan yang mampu memahami suara, visual, dan emosi pengguna.
  • Robotic functionalityciri “robotic” yang membolehkan ia bertindak secara autonomi, bukan sekadar menerima arahan.
  • Advanced handheld imagingteknologi kamera yang lebih pintar dan interaktif.

HONOR kata peranti ni bukan sekadar alat, tapi teman emosi yang boleh “merasai”, “menyesuaikan diri”, dan “berkembang” bersama pengguna. Bunyinya macam futuristik, tapi itulah hala tuju baru dalam dunia AI device. 

Dijangka Didedahkan di MWC 2026

HONOR akan mendedahkan lebih banyak butiran tentang ROBOT PHONE ni di Mobile World Congress (MWC) 2026 di Barcelona. Jadi tahun depan nampaknya bakal jadi tahun yang menarik untuk industri AI device, bukan je dari jenama telefon, tapi juga dari syarikat AI besar lain.

Untuk info lanjut boleh layari website rasmi disini. 

Post a Comment

0 Comments