Ticker

6/recent/ticker-posts

Redmi A5 datang dengan Harga Bermula Bawah RM300

Redmi A5: Smartphone Bawah RM300 Tapi Power Giler

Kalau korang tengah cari phone bajet bawah RM300, tapi nak yang boleh pakai hari-hari tanpa stress, Redmi A5 ni memang patut masuk dalam wishlist korang. Walaupun harganya bajet giler, Xiaomi tetap bagi spek yang padu untuk kegunaan harian. Jom tengok apa yang menarik dengan Redmi A5 ni!

Skrin Besar & Smooth Sampai 120Hz

Redmi A5 hadir dengan skrin bersaiz 6.88 inci yang memang besar untuk phone dalam bajet ni. Lagi best, skrin dia support refresh rate sampai 120Hz, jadi pergerakan lebih smooth. Tak cukup dengan tu, dia juga ada Wet Touch Technology — walaupun tangan basah, skrin masih responsif.

Performance: Boleh Layan MLBB!

Phone ni dikuasakan dengan UNISOC T7250 chipset, dan korang boleh extend RAM sampai 8GB. Untuk kegunaan harian macam WhatsApp, YouTube, dan casual gaming macam Mobile Legends, memang steady je. 

Bateri Besar, Tahan Lama

Bateri 5,200mAh yang dikatakan boleh tahan 20 jam playback video dan 9 jam untuk gaming. Sesuai sangat untuk pengguna yang aktif seharian.

Kamera 32MP AI Dual Camera

Redmi A5 dilengkapi kamera belakang 32MP AI dual camera dengan sensor yang lebih besar, serap cahaya lebih baik. Kamera depan dia pula 8MP selfie camera — sesuai untuk selfie lovers


Rekaan Minimal & Simple

Dari segi rekaan, Redmi A5 tampil dengan gaya yang simple dan minimal. Tak nampak murah walaupun harga dia memang bajet. Didatangkan dalam 3 warna menarik.

Harga Redmi A5 di Malaysia

  • 3GB RAM + 64GB storage – RM299
  • 4GB RAM + 128GB storage – RM349

Murah gila kan? Sesuai sangat kalau korang cari phone kedua atau budget phone yang stabil.

Siapa Sesuai Guna Redmi A5?

Phone ni sesuai untuk:

  • Mereka yang nak smartphone bajet tapi berbaloi
  • Pengguna flagship yang nak phone kedua
  • Pelajar, ibu bapa, atau sesiapa yang nak basic smartphone yang tahan lasak

Kesimpulan

Redmi A5 ni bukti yang phone bajet tak semestinya cikai. Dari skrin besar, kamera cun, sampai bateri tahan lama — semua ada dalam satu pakej. Memang smartphone “berhantu” untuk harga bawah RM300!

Kalau ada soalan pasal Redmi A5 ni, drop komen kat bawah!

Make It Happen!

Post a Comment

0 Comments