Nothing, jenama tech yang terkenal dengan reka bentuk minimalis dan unik, baru-baru ni umumkan yang diorang akan lancarkan device baru pada 4 Mac nanti. Ramai yang dah mula berspekulasi, adakah ini flagship terbaru Nothing Phone (3) atau ada sesuatu yang lain dalam perancangan?
Sebelum ni, Nothing ada kongsi video teaser yang menunjukkan device dengan tiga modul kamera belakang tersusun secara menegak, lengkap dengan sistem lampu LED Glyph yang memang sinonim dengan jenama ni. Ramai menjangkakan ia mungkin Phone (3), flagship Nothing yang bakal bersaing dengan jenama premium lain seperti Samsung dan Apple.
Tapi, semalam dalam satu lagi posting di akaun Instagram rasmi Nothing, mereka berkongsi video dengan caption "Phone (3a) Series. Power in Perspective. 4 March 10 AM GMT." Jadi persoalan besar sekarang – adakah Nothing akan lancarkan dua device serentak, atau teaser sebelum ni sebenarnya untuk Nothing Phone (3a)?
Kalau ikut corak sebelum ni, model dengan huruf "a" dalam namanya biasanya lebih mampu milik, macam Phone (2a) yang diperkenalkan sebelum ni. Jadi, kemungkinan besar Phone (3a) adalah versi yang lebih ‘budget-friendly’ dengan spesifikasi sedikit rendah berbanding model flagship.
Adakah kita akan dapat Nothing Phone (3) & Phone (3a) sekali gus, atau ini cuma strategi marketing yang buat kita semua berteka-teki? Sama-sama kita nantikan jawapannya pada 4 Mac nanti!
0 Comments
Komen pendapat anda