realme Bakal Bawak Inovasi Padu ke MWC 2025 dengan Pelancaran Global Siri 14 Pro
realme, jenama Smartphone yang tengah naik, akan menggegarkan Mobile World Congress (MWC) 2025 kat Barcelona! Kali ni, bukan main-main – dorang bukan je nak tunjuk flagship Siri 14 Pro untuk global dan Eropah, tapi siap nak share pelan strategi tiga tahun.
Dengan tagline “Tech Drives. Style Thrives.”, realme memang ready nak buat debut yang lain dari yang lain kat MWC 2025.
Fokus utama? Teknologi padu dan reka bentuk stylo yang ngam habis dengan generasi muda. Paling best, realme akan tunjuk teknologi kamera terbaru yang boleh buat mobile photography level DSLR.
Selain tu, dorang jugak akan reveal AI power dari makmal realme NEXT AI, yang akan buat pengalaman pengguna makin smooth dan kamera makin bijak.
Pelancaran global siri 14 Pro! Apa yang buat dia lain dari yang lain? Telefon pertama dunia yang boleh tukar warna ikut suhu sejuk! Fuh, ini rare, bukan je nampak cool, tapi dari segi prestasi, rekaan, dan kamera pun memang tiptop dalam kelas dia.
So, jangan terlepas update pasal realme 14 Pro Series kat MWC 2025
0 Comments
Komen pendapat anda