Nak phone yang bawah Rm1,700 tapi yang tahan lasak. Nak campak dalam kolam pun takde hal.
Ini Redmi Note 14 Pro+ 5G. Smartphone mid range terbaru dari Xiaomi. Tapi walaupun dia midrange tapi rasa seakan-akan flagship. Phone ni memang lasak dan ada banyak fungsi AI.
Redmi Note 14 Pro+ 5G ni memang tahan lasak dengan All-Star Durability. Ada IP68 Dust & water Resistance.
Tak cukup dengan tu Screen dia scratch resistant display menggunakan Corning Gorilla Glass Victus 2.
Aku ada test beberapa situasi yang kebiasaannya kita buat. Macam letak phone dalam bag yang bercampur dengan barang2 lain macam kunci, gunting dan macam-macam lagi lah.
Tapi phone masih okay, screen pun nampak okay.
Letak dalam poket tapi terlepas, jangan risau aku dah test berkali-kali tapi dia masih okay.
Kalau korang rider, selalu naik moto atau rider food panda apa semua tu kan. Phone ni mungkin sesuai untuk korang.
Aku dah test keadaan macam tengah hujan aku dah test bawak masuk kolam. Siap amik gambar dalam kolam lagi tapi phone ni masih steady.
Event aku touch masa tengah basah pun screen dia still responsive. Sebab dia ada feature Wet Touch 2.0.
Dari segi spec dia menggunakan chip Snapdragon 7s Gen 3. Untuk multi-tasking untuk main game memang boleh je.
Camera dia menggunakan 200MP main camera dengan 2x dan 4x lossless Zoom.
Kapasiti battery dia 5110mAh dengan 120W HyperCharge.
Dengan spec dan features yang dia bagi ni harga dia
Macam mana dengan harga dia? Ngam tak ngam?
Kalau korang nak tengok full video review boleh tengok kat bawah ni.
0 Comments
Komen pendapat anda