Canva Create 2025: Bila AI & Kreativiti Bergabung!
Canva Create: Uncharted Keynote 2025 event paling bermakna tahun ni untuk dunia content creator. Kalau kau kaki design, suka buat presentation, poster atau content berkualiti, wajib baca sampai habis!
Event ni berlangsung pada 10 April 2025 di Hollywood Park, Los Angeles. Tapi jangan risau, korang boleh layan balik keynote dia kat bawah ni.
🎨 Visual Suite 2.0 – Semua workflow dalam satu design
Visual Suite 2.0 adalah update paling besar tahun ni. Semua jenis konten boleh dihasilkan dalam satu tempat – nak buat dokumen, presentation, video, sampai website pun boleh. Tak payah tukar app dah. Jimat masa, jimat tenaga.
📊 Canva Sheets – Spreadsheet Yang Cantik & Interaktif
Canva Sheets bawa cara baru untuk buat laporan dan visualisasi data. AI dalam Canva bantu tukar data jadi chart automatik yang interaktif. Sangat sesuai untuk business owner, marketing team, atau student.
🤖 Canva AI & Canva Code – Cipta Tanpa Coding
Dengan bantuan Canva AI dan feature baru Canva Code, korang boleh cipta elemen interaktif macam borang atau kalkulator hanya guna arahan teks. Tak payah tahu pasal coding pun korang boleh buat. Power kan !!
🚀 45 Features Baru – Memudahkan kerja kita
- Animasi interaktif
- Smart editing tools
- Stock image lebih banyak
- Pilihan cetak terus dari Canva dll
Takde lagi alasan malas buat content. Semua tools dah bagi apa lagi korang nak!
🎤 Speaker Bertaraf Dunia
Antara penceramah yang join: Cynthia Erivo, Jon Batiste, Guy Raz, dan Daniela Amodei dari Anthropic. Diorang share banyak insight pasal masa depan AI dan kreativiti.
🎬 Canva Create 2025
📌 Kesimpulan
Canva bukan lagi sekadar tool buat poster. Sekarang dia dah jadi all-in-one creative platform. Kalau korang buat content secara full-time atau part-time, wajib cuba feature baru ni.
#CanvaCreate #Canva2025 #AIContentRevolution
0 Comments
Komen pendapat anda