Ticker

6/recent/ticker-posts

CMF By Nothing Melancarkan CMF Phone 2 Pro Serta 3 Lagi Produk Baru.

CMF Phone 2 Pro By Nothing

CMF Phone 2 Pro, Buds 2, Buds 2 Plus & Buds 2a Kini Rasmi di Malaysia!

CMF BY Nothing baru je umumkan empat produk baru: CMF Phone 2 Pro, Buds 2, Buds 2 Plus dan Buds 2a. Kali ni, Nothing bawa naik taraf besar-besaran dari generasi pertama, dengan design yang lagi premium, performance lagi power, dan audio experience yang lebih best. 


CMF Phone 2 Pro - Slim dan Unik

Kalau korang cari smartphone yang ringan, nipis, dan unik, CMF Phone 2 Pro memang kena masuk wishlist.

  • Telefon paling nipis & ringan dari Nothing — hanya 7.8mm tebal dan berat 185g.
  • Gaya premium: aluminium camera surround, stainless steel screw, dan water resistance IP54.
  • Kamera 4 lensa: 50MP kamera utama, 8MP ultra-wide, 20x telefoto zoom, 16MP selfie camera.
  • Cip MediaTek Dimensity 7300 Pro 5G — 10% lebih laju, 5% grafik upgrade dari Phone 1.
  • Skrin 6.77" AMOLED FHD+, ultra cerah sampai 3000 nits, 120Hz adaptive refresh rate.
  • Bateri 5000mAh tahan 2 hari, sokong NFC contactless payment, dan masih modular untuk guna aksesori macam Universal Cover & Wallet/Stand.
  • Empat pilihan warna menarik: White, Black, Orange, Light Green.

Harga rasmi: RM1,199 (8+256GB)

CMF Phone 2 Pro Color

CMF Buds 2025 Lineup 

Selain dari tu CMF by Nothing juga melancarkan earbuds baru? CMF ada banyak pilihan ikut bajet dan citarasa korang:

  • CMF Buds 2 (RM199): Bunyi padu dengan Dirac Opteo™ tuning, ANC 48dB, dan Spatial Audio Effect.
  • CMF Buds 2 Plus (RM229): Untuk audiophile, support Hi-Res LDAC, hearing compensation, dan EQ custom. Eksklusif online.
  • CMF Buds 2a (RM159): Entry-level, lightweight design, ada 42dB ANC & 12.4mm driver untuk bass yang dalam.
CMF Buds 2 by Nothing

Bila & Kat Mana Boleh Beli?

  • Pre-order start 29 April 2025
  • Open Sale start 6 Mei 2025
Boleh beli kat

Online: Nothing.tech, Lazada Nothing Flagship Store, Shopee Nothing Official Store, TikTok Shop Nothing Malaysia

Retail: DirectD, TMT, URBAN REPUBLIC, Vivid Concepts, TAC Mobile, SS Solution, Nothing Image Store (Plaza Low Yat)


CMF by Nothing nampak macam makin serius tahun ni. Kalau korang nak smartphone ringan, kamera padu, skrin cantik, atau earbuds best dengan harga berbaloi, boleh consider line-up baru CMF ni.

Nak tengok video review pastikan Follow semua Social Media Putraz. Nanti kita try dapatkan unit untuk review. Stay Tuned. 

#MakeItHappen #CMFPhone2Pro #NothingMalaysia

Post a Comment

0 Comments