Blood Brothers - Bara Naga : Filem Yang Buat Aku Rugi Seratus Lebih… Tapi Berbaloi Gila!
Nak dijadikan cerita, aku "rugi" lebih seratus ringgit gara-gara satu filem ni. Bukan sebab tiket mahal, tapi sebab silap sendiri... dan sebab muka Sharnaaz Ahmad. Habis tengah malam aku keluar, sanggup drive jauh semata-mata nak tengok Blood Brothers - Bara Naga. Tapi jujurnya? Rugi yang sangat-sangat berbaloi.
Silap Tekan Booking – Dari Negeri Sembilan Sampai Johor?!
Kisah bermula petang tadi masa aku tengah semangat nak booking tiket. Aku pun cari la cinema yang paling dekat dengan rumah. Tapi entah macam mana masa tengah checkout, aku tak perasan sistem tu tak refresh location. Rupanya aku terbeli tiket wayang kat Johor Bahru!
Bila sampai cinema, tengok balik details... "La ni kat JB wehh!" Aku terus gelak sendiri kat situ.
Misi Mencari Tiket Bermula
Tanpa buang masa, aku terus ke kiosk nak beli tiket baru. Malangnya semua dah sold out! Aku pun buka apps TGV, GSC… scroll satu-satu dari Seremban sampai ke IOI City Mall dan Mid Valley. Semua full house! Tinggal seat paling depan je – yang kalau tengok, boleh sakit leher terus.
Nasib baik akhirnya jumpa seat kat The Mines Seri Kembangan. Dapatlah juga dua tiket, walaupun seat tu baris keempat dari depan. Terus drive dari Negeri Sembilan ke Seri Kembangan untuk showtime pukul 12 tengah malam.
Mind Blowing Sampai Lupa Makan Popcorn
Serius cakap, Blood Brothers - Bara Naga ni gila best. Dari mula sampai habis aku fokus tak berkelip – popcorn pun lupa nak makan. Setiap babak penuh dengan suspens dan kejutan, sampai aku tak boleh agak langsung apa jadi lepas tu.
Kalau kau pernah tengok filem Sheriff sebelum ni, aku boleh cakap Blood Brothers ni memang setanding atau mungkin lagi best.
Lakonan & Cinematografi Kelas A
Sharnaaz punya lakonan memang padu gila. Semua karakter main peranan masing-masing dengan baik. Yang paling aku salute – camera work dia. Banyak shot one-take yang smooth dan kreatif. Transition pun clean, tak banyak cut. Scene lawan pun nampak real sebab tukar angle dalam satu shot je, bukan potong-potong macam filem biasa.
Rating Aku: 10/10 – WAJIB TENGOK
Aku memang kagum habis. Dari jalan cerita, lakonan sampai ke sinematografi – semua tip top. Aku bagi filem ni 10/10. Korang kena tengok sendiri. Tapi tolonglah, book awal-awal. Jangan jadi macam aku yang kena pusing satu Lembah Klang tengah malam.
Penutup – Nak Tengok Aku Cerita Live?
So itulah pengalaman aku malam ni – rugi seratus lebih tapi puas hati sebab dapat layan filem power macam ni. Korang yang minat filem aksi dan penuh twist, wajib pergi tengok. Jangan tunggu lama-lama. Make It Happen!
0 Comments
Komen pendapat anda