Samsung Galaxy Ring Dah Sampai Malaysia! Tapi Berbaloi Ke RM2,099?
Bayangkan satu cincin, berat cuma 3 gram... tapi harga dia RM2,099! Cincin apa ni? Inilah dia Samsung Galaxy Ring, yang baru je masuk pasaran Malaysia. Tapi jangan terkejut, sebab fungsi dia memang power dan mungkin boleh bantu jaga kesihatan korang lepas penat beraya.
Galaxy Ring: Kecil Tapi Penuh Fungsi
Cincin ni bukan sekadar aksesori biasa. Samsung Galaxy Ring ni sebenarnya direka untuk monitor kesihatan dan gaya hidup korang. Daripada jaga kesihatan umum, sampai ke pemantauan tidur, semua ada!
Sensor Penuh Di Bahagian Bawah
Kalau korang perasan, bahagian bawah Galaxy Ring ni ada banyak sensor. Antara fungsi utama dia termasuklah:
- Stress level monitoring
- Heart rate tracking
- Sleep tracking
- Step count
- Fitness activity tracking dll.
Semua data ni akan disambung terus ke aplikasi Samsung Health di smartphone korang.
Pemantauan Tidur Yang Lebih Selesa
Salah satu kelebihan utama Galaxy Ring ni adalah pemantauan tidur. Tak semua orang selesa tidur pakai jam tangan pintar, tapi dengan cincin ni, korang boleh dapat data tidur yang lengkap tanpa rasa tak selesa. Bagi aku, ini paling best sebab boleh tengok kualiti tidur aku yang kadang-kadang memang tak menentu.
Fungsi Gesture Pun Ada!
Selain kesihatan, cincin ni juga ada fungsi gesture untuk matikan alarm, ambil gambar, dan rakam video dengan mudah. Memang berguna bila tangan penuh atau nak ambil gambar dari jauh.
Bateri Kecil Tapi Tahan Lama
Bateri Galaxy Ring ni antara 18 mAh hingga 23.5 mAh (ikut saiz cincin), tapi yang menariknya... aku boleh guna sampai 7 hari tanpa charge!
Dan nak charge pun senang je, tinggal masukkan dalam casing charging dia yang memang comel dan mudah dibawa.
Kalis Air Sampai 10ATM
Tak payah risau kalau kena hujan atau basuh tangan. Galaxy Ring ni ada rating IP68 dan 10ATM. Maknanya boleh tahan air dengan sangat baik, sesuai untuk korang yang aktif.
Warna & Saiz
Samsung Galaxy Ring ditawarkan dalam tiga warna elegan:
- Titanium Black
- Titanium Silver
- Titanium Gold
Saiz pula bermula dari size 5 sampai 15.
Support Untuk Android Sahaja
Galaxy Ring ni tak support iOS buat masa sekarang. Tapi kalau korang pengguna Android, masih boleh guna walaupun ada beberapa fungsi yang mungkin terhad kalau bukan Samsung.
Berbaloi Ke Beli Galaxy Ring?
Bagi aku, memang puas hati. Selesa dipakai waktu tidur, bateri tahan lama, dan boleh track kesihatan harian aku dengan mudah. Tapi macam biasa, keputusan kat tangan korang.
Sanggup tak korang spend RM2,099 untuk Galaxy Ring ni? Cuba komen dan share pendapat korang.
Make It Happen.
0 Comments
Komen pendapat anda