Galaxy Tab S10 FE Series Kini Rasmi di Malaysia – Harga Bermula RM2,199
Samsung Malaysia baru sahaja melancarkan tablet terbaru mereka – Galaxy Tab S10 FE Series. Tablet ini adalah versi lebih mampu milik berbanding model flagship seperti Tab S10 Ultra, tapi masih kekal dengan prestasi mantap dan rekaan moden.
Dua Model, Dua Saiz
Galaxy Tab S10 FE hadir dalam dua pilihan:
- Galaxy Tab S10 FE+ – Skrin besar 13.1 inci
- Galaxy Tab S10 FE – Skrin 10.9 inci
Kedua-duanya menyokong paparan LCD 90Hz yang smooth untuk scroll, gaming dan menonton video.
Tahan Lasak & Mudah Dibawa
- Reka bentuk yang nipis dan ringan
- Ada IP68 – Dust & Water Resistance
Performance Yang Baik
- Exynos 1580 untuk S10 FE+ / Exynos 1380 untuk S10 FE
- RAM 12GB, storan dalaman 256GB
- Sokongan kad microSD sehingga 2TB
Audio & Kamera
- Speaker stereo daripada AKG
- Kamera depan 12MP Ultra Wide
- Kamera belakang 13MP atau 8MP+8MP bergantung model
S-Pen & Fungsi AI
- S-Pen disediakan dalam kotak (bukan jual asing)
- Ciri Ai seperti Note Assist, Best Face & CTS tools
Harga & Varian
Galaxy Tab S10 FE Series mula dijual di Malaysia bermula 8 Mei 2025:
Model | Harga |
---|---|
Tab S10 FE+ WiFi (12/256GB) | RM2,799 |
Tab S10 FE+ 5G (12/256GB) | RM3,299 |
Tab S10 FE WiFi (12/256GB) | RM2,199 |
Tab S10 FE 5G (12/256GB) | RM2,699 |
Kalau korang tengah cari tablet Android yang ringan, tahan lasak dan ada fungsi Ai – Galaxy Tab S10 FE Series memang patut masuk wishlist!
Tags: Samsung, Galaxy Tab S10 FE, Tablet Malaysia, Tablet Android, S-Pen, Tab Samsung 2025
0 Comments
Komen pendapat anda