vivo V50 Lite 5G Kini di Malaysia: Bateri Besar 6500mAh, Rekaan Slim, Harga Bermula RM1,299!
Rekaan Stylish, Skrin Lebih Besar
vivo Malaysia rasmi melancarkan vivo V50 Lite 5G, model terbaru dalam siri V50 yang mengetengahkan kombinasi mantap antara bateri besar, rekaan ultra-slim, dan daya ketahanan hebat. Dengan harga bermula RM1,299, V50 Lite 5G tampil dengan pelbagai ciri premium yang biasanya ditemui pada telefon flagship.
vivo V50 Lite 5G hadir dengan badan ultra-nipis 7.79mm dan skrin 2.5D flat screen sebesar 6.77 inci, menggunakan teknologi P-OLED untuk paparan lebih jelas dan selesa di mata. Tiga pilihan warna — Titanium Gold, Phantom Black, dan Fantasy Purple — menambahkan sentuhan premium dan bergaya.
Bateri Besar 6500mAh BlueVolt
Telefon ini membawa bateri BlueVolt 6500mAh paling nipis dari vivo setakat ini. Dengan sekali cas, V50 Lite mampu bertahan:
- 27.41 jam tonton YouTube
- 15 jam lebih scroll TikTok
Ia juga menyokong reverse charging untuk mengecas device lain, serta dikuasakan teknologi 90W FlashCharge — membolehkan 20% bateri dicas dalam hanya 7.5 minit dan penuh dalam 52.5 minit!
Ketahanan
V50 Lite 5G telah menerima:
- SGS Five-Star Drop Resistance
- Military-grade certification
- IP65 Dust & Water Resistance
Dengan teknologi Wet-Hand Touch, pengguna boleh terus guna skrin walaupun jari basah atau berminyak, sesuai untuk gaya hidup aktif!
Kamera AI-Powered Ultra Clear
Telefon ini dilengkapi:
- 50MP Main Camera (Sony IMX882 sensor)
- 8MP Ultra Wide Camera (120°)
- 32MP Selfie Camera dengan Aura Light
Fungsi AI Image Studio pula memudahkan anda padam objek tak diingini dalam gambar atau tingkatkan kualiti foto hanya dengan satu tap.
Performance
Dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6300 dan paparan 120Hz Ultra Vision AMOLED, pengalaman gaming dan menonton video jadi lebih lancar dan vivid. Sistem audio 400% Volume Dual Stereo Speaker pula memberikan bunyi yang lebih padu.
Harga dan Promosi Launch
Harga rasmi vivo V50 Lite 5G bermula RM1,299 dan tersedia di semua kedai rasmi vivo.
Promosi sehingga 2 Jun 2025:
- vivo Buds (RM129) percuma
- Rebat tunai RM100
- 1+1 tahun waranti vivo care+
- 5 tahun waranti bateri
- Waranti perlindungan skrin 180 hari
- Waranti antarabangsa
Tambahan untuk pembelian di Concept Store:
- Diskaun RM100 SpayLater (hingga 31 Mei 2025)
- Pelan ansuran 0% hingga 24 bulan
- Trade-in device dengan mudah
Aktiviti Menarik Sempena Pelancaran
vivo juga melancarkan kempen #BlueVoltBatteryMissionMY di TikTok dari 1 hingga 18 Mei 2025. Upload video kreatif tunjukkan kehebatan bateri V50 Lite untuk menang hadiah eksklusif termasuk unit telefon baru!
0 Comments
Komen pendapat anda