YouTube Shopping Kini Dilancarkan di Malaysia! Content Creator Boleh Tag Produk Terus Dalam Video.
Aku baru saja dijemput ke YouTube Shopping Accelerator Event, dan berita yang dikongsikan memang sangat menarik – especially untuk korang yang aktif dalam dunia content creation dan affiliate marketing!
YouTube Shopping merupakan ciri baru daripada YouTube yang membolehkan content creator tag sehingga 60 produk dalam satu video. Dengan adanya butang produk (Product Button) yang muncul dalam video, penonton boleh terus klik untuk tengok produk tersebut tanpa perlu keluar dari YouTube dan cari secara manual di Shopee.
Lagi best, YouTube kini telah berkerjasama dengan Shopee, menjadikan integrasi ni lebih seamless. Korang hanya perlu daftar di YouTube Shopping, dan boleh mula tag produk terus dari Shopee ke video korang. Senang gila kan?
Apa yang lagi memudahkan, segala info komisen dan hasil jualan boleh dipantau terus dari aplikasi YouTube Studio. Jadi kalau korang buat konten review atau “racun beli barang”, ini memang satu peluang emas. Viewer tekan je button produk tu, dan korang boleh jana komisen dari jualan tersebut.
Setakat ni, seramai lebih kurang 800 pencipta kandungan di Malaysia dah pun mencuba fungsi ni semasa fasa ujian yang berlangsung sejak sebulan lepas. Dengan pengumuman rasmi hari ni, lebih ramai dijangka akan join dan mengubah cara promosi produk di YouTube.
Bagi aku sendiri, ini memang berita baik – lepas ni lagi senang nak racun korang. Nampak video aku tekan dan checkout terus okay?
Apa pendapat korang? Jom komen kat bawah!
Tags: YouTube Shopping Malaysia, Content Creator Malaysia, Shopee Affiliate, Jana Pendapatan YouTube, YouTube Features 2025
0 Comments
Komen pendapat anda