Camera HONOR 400 Series Dapat Pujian Dari Fotografer Profesional
Macam yang aku cakap sebelum ni HONOR datang dengan satu siri smartphone yang memang power. HONOR 400 Series. Walaupun belum rasmi dilancarkan, beberapa fotografer Malaysia dah dapat try dulu, dan aku pun dah try. Hasilnya? Memang padu.
Antara yang sempat test drive kamera HONOR 400 Pro ialah fotografer terkenal Malaysia, Nazer Noor. Dalam sharing dia di Facebook, Nazer sangat kagum dengan keupayaan AI Super Zoom, boleh zoom sampai 50x dan still dapat gambar yang tajam dan jelas. Tak kisah lah landscape, nature atau cityscape – semua nampak lawa!
📷 Tengok hasil gambar Nazer kat sini
Kamera Kelas Flagship Dalam Kategori Midrange?
HONOR 400 Pro ni ada kamera utama 200MP Super Sensing, sensor besar 1/1.4 inci, bukaan f/1.9 dan gabungan OIS + EIS untuk shot lebih stabil, especially waktu malam.
Nak close-up? Gunakan je kamera telefoto 50MP dengan sensor Sony IMX856, ada 3x optical zoom dan OIS. Plus, kamera ultra-wide 12MP untuk tangkap scenery luas, dan kamera selfie 50MP untuk hasilkan potret yang sharp gila.
Nazer sendiri kata, “Walaupun midrange, kualiti gambar dia macam flagship. HONOR memang push habis kali ni.”
AI Tools Edit terus dari HONOR 400 Series
HONOR 400 Pro bukan sekadar kamera – tapi all-in-one content creator tool. Dengan AI Editing Tools, kau boleh:
- Buat video dari gambar guna AI Image to Video (powered by Google Cloud AI)
- Padam objek guna AI Eraser 2.0
- Buat AI Cutout, Outpainting, Upscale
- Gabungkan gambar bergerak dengan Moving Photo Collage
- Ambil potret gaya klasik dengan Harcourt Studio 2.0
Senang cerita, semua feature ni memang memudahkan hidup content creator.
Tiga Varian Untuk Dipilih
HONOR 400 Series hadir dengan tiga pilihan varian:
- Versi Pro: 24GB RAM (12GB Turbo RAM) + 512GB ROM
- Versi Standard: 24GB RAM (12GB Turbo RAM) + 256GB atau 512GB ROM
Memang ngam untuk heavy user, atau sesiapa yang suka simpan banyak media.
Jangan Terlepas Launch Live 22 Mei!
Nak tahu harga, hadiah percuma, dan kejutan khas dari HONOR? Jangan lupa tengok livestream pelancaran HONOR 400 Series di Facebook rasmi HONOR Malaysia:
🕒 3 Petang, 22 Mei 2025
➡️ www.honor.com/my/
0 Comments
Komen pendapat anda