Ticker

6/recent/ticker-posts

Apple Perkenalkan UI Baru"Liquid Glass" Perubahan Besar OS 26 Dalam Semua Device Apple

WWDC 2025

Apple Perkenalkan UI Baru "Liquid Glass" dan AI yang Lagi Cerdik.

Apple dah pun umumkan pelbagai update menarik masa WWDC 2025. Fokus utama tahun ni? Rekaan UI baru yang dinamakan "Liquid Glass" dan perkembangan besar dalam Apple Intelligence (AI). Semua sistem operasi Apple akan guna versi 26 selepas ni.

Apa Itu Liquid Glass?

"Liquid Glass" ni boleh kata rekaan paling besar Apple pernah buat. Nampak lebih dinamik, lutsinar dan responsif ikut pergerakan, kandungan dan konteks pengguna. Daripada lock screen sampai ke ikon app, semua nampak lebih hidup dan personal. Tak kisah iOS, watchOS, tvOS, macOS atau visionOS, semua akan ada sentuhan Liquid Glass.


Apple Intelligence Semakin Canggih

Lepas diperkenalkan tahun lepas, AI Apple tahun ni dah makin mantap, katanya lah. 😏

  • Live Translation: Live Translate dalam Messages, FaceTime dan panggilan telefon. Semua dalam device, bukan cloud.
  • Visual Intelligence: Sekarang boleh detect dan berinteraksi dengan apa-apa yang kita nampak kat skrin iPhone.


iOS 26: Lebih Personal, Lebih Smart

  • Lock Screen & Home Screen baru dengan Liquid Glass
  • Camera app lebih ringkas, Photos ada Library & Collections
  • Safari immersive, CarPlay pun dapat rekaan baru
  • Phone App: Call screening, Hold Assist & layout baru
  • Messages: Polls, latar perbualan, Apple Cash, message screening
  • Games App khas untuk semua game korang



watchOS 26: AI Workout Buddy & Smart Stack Baru

  • Liquid Glass di Smart Stack, Control Center, apps & watch faces
  • AI "Workout Buddy" bantu motivate masa workout
  • Gesture baru: flick pergelangan tangan untuk mute atau dismiss
  • App Notes sekarang boleh guna kat Apple Watch


tvOS 26: Lagi Fun Bila Tengok TV

Apple TV
  • Ikon app lebih hidup dengan Liquid Glass
  • Apple Music Sing dengan iPhone 
  • Profiles untuk konten lebih personal


macOS Tahoe: Mac Pun Dah Level Baru

macOS Tahoe 26
  • Liquid Glass meriahkan lagi Dock, Toolbar, Menu Bar
  • Folder boleh warna-warni dengan emoji
  • Phone App & Live Activities sekarang ada kat Mac
  • Spotlight redesign, Shortcuts boleh auto-run dengan "Intelligent Actions"
  • Games App & sokongan Metal 4 untuk next-gen gaming


visionOS 26: Dunia Spatial Yang Lebih Real

visionOS 26
  • Spatial Widgets kekal dalam ruang pengguna
  • Foto 2D nampak lebih dalam dengan Spatial Scenes
  • Shared Vision Pro: share movie/game experience dengan orang lain
  • Sokong Logitech Muse & PS VR2 controller


iPadOS 26: Multitasking Like A Pro

iPadOS
  • Windowing system baru: resizable, tiling, menu bar
  • App Files lebih fleksibel: folder custom, column resize
  • App Preview untuk PDF, rakaman audio-video lebih profesional
  • Math Notes sokong 3D graphing, ada "Read Pen" untuk kaligrafi

Dah Boleh Update Ke?

Ye boleh. Tapi hanya available untuk Developer Beta je sekarang. Aku tak sarankan korang update sekarang, sekurang-kurannya korang tunggu Public Beta. Tapi kalau nak update juga jangan lupa backup dulu iPhone korang, risau ada bug nanti. 

Kalau tak berani, biar aku update dan try dulu. Korang boleh komen kat video aku bawah ni apa yang korang nak tahu pasal iOs 26 ni. 

#MakeItHappen

Post a Comment

0 Comments