Ticker

6/recent/ticker-posts

HONOR Jadi Jenama Pertama Di Malaysia Yang Sokong Cross-OS Sepenuhnya – Android, iOS & Windows

HONOR sekali lagi buat kejutan dengan jadi jenama pertama di Malaysia yang lancarkan sistem  Cross-OS secara menyeluruh, maksudnya korang boleh pindah fail antara Android, iOS dan Windows tanpa halangan!

HONOR Connect: Hantar Fail Dengan Mudah, Tak Kisah Guna Apa Pun

HONOR Share

Dengan HONOR Connect, semua jadi lebih mudah, gambar, video, dokumen semua boleh transfer sampai 85Mbps untuk iOS dan 40Mbps untuk Android. Tak perlu guna kabel, tak payah email, tak perlu cloud. Semuanya boleh terus transfer dari phone ke laptop, dari iPhone ke Android, dari Windows ke iPad pun boleh.

Laptop Flagship HONOR: MagicBook Pro 14

Laptop terbaru HONOR MagicBook Pro 14 datang siap built-in dengan HONOR Connect. Kalau korang kerja design, video, atau student, ni memang membantu sangat.

Contoh senang: Buat kerja kat MagicBook → terus share ke iPhone kawan → edit → share balik → semua smooth tanpa gangguan.

Dan paling penting, laptop ni boleh jadi alternatif untuk pengguna yang biasa guna MacBook. Power, ringan dan boleh sync dengan pelbagai OS!

HONOR Pad 10: Tablet Mesra Pelajar

Untuk pelajar, HONOR Pad 10 pun dah ready dengan HONOR Connect. Nak share nota, hantar assignment, dapatkan video dari kawan, semua boleh tanpa sekatan. Sesuai sangat untuk study group atau kelas online.

Siri HONOR 400: AI Power + Cross-Platform Sharing

HONOR 400 bukan je power dengan teknologi AI Imaging dia, tapi bila digabungkan dengan HONOR Connect, memang padu!

  • Gambar dari iPhone kawan → terus edit dengan AI HONOR → share balik!
  • Nak buat Moving Photo Collage dari Live Photos → pun boleh!
  • Edit kat laptop Windows atau iPad? Takde masalah.

Korang bebas nak share guna peranti apa pun. Semua boleh connect.

Kesimpulan: HONOR Connect – Satu Ekosistem, Semua Boleh Masuk Takde Kroni-Kroni. Hahahaha

Dengan HONOR Connect, tak kisahlah phone korang Android ke, iPhone ke, atau laptop korang guna Windows – semua boleh jalan. HONOR berjaya buat satu ekosistem terbuka yang mesra pengguna, cepat, dan selamat.

Post a Comment

0 Comments