HONOR Magic V5 Sah Akan Dilancarkan di Malaysia!
HONOR kini mengesahkan secara rasmi bahawa HONOR Magic V5, telefon boleh lipat ultra nipis mereka, bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi! Peranti ini sudah pun mencuri perhatian ramai secara dalam talian, dan kini rakyat Malaysia boleh mula bersedia untuk memiliki sebuah telefon pintar yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga hebat untuk multitasking.
Ultra Nipis
HONOR Magic V5 tampil dengan reka bentuk yang sangat nipis – hanya 8.8mm apabila dilipat, menjadikannya telefon boleh lipat flagship paling nipis di dunia setakat ini! Untuk perbandingan, model sebelumnya iaitu HONOR Magic V3 mempunyai ketebalan 9.2mm. Bayangkan nipis dia tu.
Ada Gaya & Prestasi Mantap
Walaupun nipis, HONOR tidak mengorbankan prestasi. Magic V5 masih mengekalkan kuasa, ketahanan dan kelengkapan flagship sepenuhnya. Ia memberikan pengalaman menggunakan seperti telefon bar biasa, tapi dengan kelebihan paparan boleh lipat dan ciri multitugas yang sangat lancar. Nak simpan dalam poket seluar, handbag atau pouch? Confirm muat tanpa rasa bulky.
HONOR Magic V5 Beta Experiencer
HONOR juga membuka peluang kepada peminat teknologi di Malaysia untuk menjadi antara yang pertama mencuba Magic V5 secara eksklusif! Dengan menyertai program Beta Experiencer, korang boleh beri maklum balas terus kepada pasukan pembangunan HONOR. Kiranya, korang akan jadi antara pengguna paling awal yang boleh rasa sendiri kehebatan Magic V5 ni.
Cara nak join?
➡ Klik sini: https://www.honor.com/my/shop/new-product-beta/
Nantikan Pelancaran Rasmi di Malaysia
Tarikh rasmi pelancaran akan diumumkan tidak lama lagi. So kalau korang memang peminat gadget atau tengah cari telefon boleh lipat yang ringan, bergaya dan power, HONOR Magic V5 ni memang wajib tunggu!
Maklumat lanjut & update terkini:
🔗 Laman web: https://www.honor.com/my/
🔗 Facebook: HONOR Malaysia
0 Comments
Komen pendapat anda