JisuLife Handheld Fan Ultra 2: Kipas Serba Guna Dengan Powerbank & Spotlight Sekali!
Korang ingat ni kipas biasa? No no no... JisuLife Handheld Fan Ultra 2 ni memang bukan sebarang kipas. Dalam satu device ni, korang dapat kipas, powerbank, dan torchlight. Siap dengan build quality yang rasa premium bila pegang.
100 Level Kelajuan Angin.
Apa yang buat kipas ni rare sangat? Dia ada 100 level kelajuan angin!
Dari angin sepoi-sepoi ke angin tahap nak terbang tudung. Level 1 rasa lembut, bila naik ke 50% pun dah rasa puas, dan level 100 dia boleh capai hingga 17m/s – boleh jadi hair dryer portable?
Nozzle dia pula jenis magnetic, senang nak cabut dan tukar arah ikut suka.
LED Display & Roller Control Yang Stylish
Tak payah tekan banyak button. Semua kawalan pakai dial roller yang smooth.
Lepas tu, ada LED display tunjuk status bateri dan level angin secara real-time. Nampak smart dan user-friendly.
Bateri 9000mAh – Guna Sampai 25 Jam!
Dengan bateri sebesar 9000mAh, korang boleh guna sampai 25 jam pada level rendah.
Nak lagi padu? Kipas ni juga boleh jadi powerbank 18W. Cas phone pun boleh.
Torchlight ada SOS Mode Bila Emergency
Bukan setakat kipas – torchlight dia pun power!
Ada fungsi SOS mode, sangat berguna kalau blackout, camping, atau emergency tepi jalan waktu malam.
Fungsi Yang Praktikal
Ada Safety Lock untuk elak tekan tak sengaja.
Mesh design pula elak rambut terperangkap.
Belakang dia boleh buka untuk bersihkan kipas dengan mudah – tak payah susah-susah.
Material Aluminium & Port Type-C
Kipas ni guna aluminium body yang rasa solid dan tahan lasak.
Lepas tu, ada port Type-C untuk input & output, jadi memang versatile untuk travel atau outdoor event.
Kesimpulan: Kipas, Powerbank, Spotlight — Semua Dalam Satu
Kalau korang jenis yang suka bawa kipas tangan ke mana-mana, JisuLife Handheld Fan Ultra 2 ni memang berbaloi.
Bukan sekadar kipas, dia adalah gadget survival yang siap dengan fungsi torchlight dan powerbank sekali.
Kalau nak tengok video review aku boleh tekan SINI
Dan kalau korang nak dapatkan JisuLife Handheld Fan Ultra 2 ni boleh tekan link shopee kat bawa ni.
➡️ Shopee
Make It Happen!
0 Comments
Komen pendapat anda