Ticker

6/recent/ticker-posts

Samsung Akan Lancarkan Galaxy Z Fold7 & Z Fold7 Ultra Di Galaxy Unpacked 9 Julai?

Samsung Z Fold7

Samsung Galaxy Z Fold7 Bakal Dilancarkan di Galaxy Unpacked Julai 2025!

Foldable paling dinanti tahun ini bakal muncul! Samsung sah akan melancarkan Galaxy Z Fold 7 dalam acara Galaxy Unpacked 2025 yang akan berlangsung pada 9 Julai ini. Apa yang lebih menggemparkan — berkemungkinan besar Samsung akan memperkenalkan buat pertama kali Galaxy Z Fold7 Ultra!

Ini mungkin detik perubahan besar dalam dunia foldable – bukan sekadar naik taraf spesifikasi, tapi kemungkinan hadir dengan hardware baharu yang direka khas untuk Galaxy AI. Kombinasi rekaan premium, dan Galaxy AI mungkin menjadikan Fold 7 Ultra sebagai foldable paling pintar pernah dihasilkan Samsung setakat ini.

Galaxy Unpacked 2025: Live Dari Brooklyn

Acara besar ni akan berlangsung di Brooklyn, New York. Unpacked kali ni akan disiarkan secara langsung, jadi semua orang boleh jadi yang terawal saksikan pelancaran Galaxy Z Fold7 ni!

Save the date!

Era Foldable AI Bermula

Samsung nampaknya bersedia untuk 'unfold' masa depan. Galaxy Z Fold7 bukan sekadar upgrade biasa,  tapi mungkin permulaan kepada era AI-powered foldables

Jadi, 9 Julai ni, kita tengok sama-sama macam mana Samsung “Make It Happen”.

#GalaxyUnpacked2025 #GalaxyZFold7 #GalaxyZFold7Ultra #GalaxyAI #PutrazMY

Post a Comment

0 Comments