Ticker

6/recent/ticker-posts

Apple Melancarkan Macbook Pro 14" & iPad Pro Baharu Dikuasakan dengan Cip M5 !!

Apple melancarkan MacBook Pro 14 inci & iPad Pro baru. Kedua-duanya dikuasakan cip M5


Apple baru saja umum dua produk baru, MacBook Pro 14 inci dan iPad Pro,  kali ni kedua-duanya datang dengan cip M5 yang fokus pada prestasi AI, grafik lebih laju, dan bateri yang tahan lebih lama. Pendek kata, ini bukan sekadar refresh — tapi naik taraf besar untuk pengguna yang guna Mac atau iPad sebagai mesin kerja utama.

MacBook Pro 14” M5 – Fokus pada prestasi dan AI


MacBook Pro kali ni bukan sekadar lebih laju, tapi lebih “cerdik”.
Cip M5 bawa peningkatan besar dalam AI dengan Neural Accelerator pada setiap core, bagi prestasi AI sampai 3.5 kali lebih pantas berbanding model M4.

Selain tu, CPU dan GPU baru dalam M5 bagi peningkatan ketara untuk kerja berat macam video editing, rendering, dan pembangunan AI model. Bateri pula boleh tahan hingga 24 jam, dan prestasi tetap sama sama ada dipasang pada kuasa atau tak.

Paparan masih guna Liquid Retina XDR dengan pilihan nano-texture glass, ada 6 pembesar suara, kamera 12MP, dan sistem bunyi spatial audio. MacBook Pro ni juga datang dengan macOS Tahoe, sistem terbaru dengan antara muka lebih bersih, Spotlight yang lebih bijak, dan integrasi Apple Intelligence untuk ciri AI dalam sistem.

Perkara penting tentang MacBook Pro 14” M5:

  • Cip Apple M5 dengan Neural Accelerator setiap core
  • Prestasi AI 3.5x lebih laju dari M4
  • Grafik 1.6x lebih pantas, GPU baharu 10-core
  • CPU paling laju Apple setakat ni
  • Bateri bertahan sehingga 24 jam
  • SSD lebih pantas untuk fail besar dan video editing
  • Paparan Liquid Retina XDR dengan opsyen nano-texture
  • macOS Tahoe + Apple Intelligence
  • Harga Malaysia bermula RM6,999
  • Warna: Space Black dan Silver


iPad Pro M5 – Tablet paling berkuasa dari Apple setakat ini

Untuk iPad Pro, Apple terus tolak had kemampuan tablet.
Cip M5 bagi peningkatan besar dalam grafik dan AI, sampai 3.5x lebih laju dari M4 dan 5.6x lebih pantas dari M1. GPU baru dengan ray tracing menjadikan pencahayaan dan bayangan dalam aplikasi kreatif atau permainan nampak lebih realistik.

Model ni juga guna cip rangkaian baru N1 dengan Wi-Fi 7, dan modem C1X untuk versi selular yang 50% lebih pantas. Paparan Ultra Retina XDR berasaskan tandem OLED menawarkan kecerahan tinggi dan kontras yang sangat tepat, dengan pilihan nano-texture glass untuk kurangkan silau.

iPadOS 26 pula perkenal rekaan Liquid Glass yang lebih moden dan sistem tetingkap baru untuk multitasking, bersama ciri Apple Intelligence yang bantu automasi tugas dan komunikasi.


Perkara penting tentang iPad Pro M5:

  • Cip M5 dengan GPU baru & ray tracing
  • AI 3.5x lebih laju dari M4, 5.6x dari M1
  • Wi-Fi 7 dengan cip rangkaian baru N1
  • Modem C1X untuk model selular – 50% lebih pantas
  • Paparan Ultra Retina XDR (tandem OLED, 1600 nits peak HDR)
  • iPadOS 26 dengan reka bentuk Liquid Glass & multitasking baru
  • Apple Intelligence terbina dalam sistem
    - 11” Wi-Fi – RM4,499
    13” Wi-Fi – RM5,799
  • Harga Malaysia bermula dari:
  • Warna: Space Black dan Silver
  • Aksesori: Apple Pencil Pro (RM549) & Magic Keyboard baru (RM1,399 – RM1,599)


Kesimpulan

MacBook Pro M5 sesuai untuk pengguna profesional yang mahukan prestasi AI tinggi dan ketahanan bateri lam, manakala iPad Pro M5 pula ideal untuk pengguna kreatif yang perlukan tablet fleksibel tapi cukup berkuasa untuk kerja-kerja kreatif.

Kedua-duanya akan mula dibuka untuk pra-tempahan tak lama lagi.

Post a Comment

0 Comments