Ticker

6/recent/ticker-posts

CMF Headphone Pro Dilancarkan di Malaysia | Headphone Over-Ear Pertama Dengan Rekaan Modular

 


CMF hari ini rasmi melancarkan Headphone Pro, over-ear headphone pertama mereka dengan rekaan modular yang playful serta prestasi audio premium.

Reka Bentuk Modular & Warna Pilihan

Headphone Pro menampilkan tiga warna utama – Light Grey, Dark Grey, dan Light Green. Apa yang unik, ia hadir dengan ear cushion boleh tukar yang bukan sekadar aksesori, tapi membolehkan pengguna menukar gaya, warna, malah personaliti headphone mereka. Cushion tambahan dijual berasingan dengan harga RM89.

Ciri-Ciri Utama CMF Headphone Pro

  • 40mm Nickel-Plated Custom Drivers – bunyi lebih jelas dengan bass padu.
  • LDAC + Hi-Res Audio Certified – kualiti audio sehingga 990 kbps.
  • Hybrid Adaptive ANC hingga 40dB – automatik sesuaikan tahap noise cancelling ikut suasana.
  • Energy Slider – boleh adjust sound antara bass & treble secara real time.
  • Tactile Controls – Roller untuk volume, playback, ANC, plus customisable button.
  • Spatial Audio Mode – Cinema & Concert mode untuk pengalaman lebih imersif.
  • 100 Jam Playback / 50 Jam dengan ANC – ditambah fast charge 5 minit untuk 4 jam.
  • Personal Sound (Audiodo) – profil audio ikut bentuk telinga setiap individu.

Harga & Ketersediaan

  • Headphone Pro: RM429
  • Ear Cushion tambahan (Orange & Light Green): RM89
  • Tarikh Jualan Malaysia: Bermula 13 Oktober 2025
  • Platform Jualan :
    • Online: Nothing.tech, Lazada, Shopee, TikTok Shop

    • Retail: DirectD, TMT, Urban Republic, Vivid Concepts, TAC Mobile, SS Solution, Nothing Image Store




CMF Watch 3 Pro Green Variant

Selain itu, CMF turut mengumumkan warna baharu untuk Watch 3 Pro, iaitu Green Variant. Smartwatch ini menyasarkan pengguna harian & casual fitness dengan:

  • Precision health tracking
  • AI-powered coaching
  • Rekaan bold yang sesuai untuk gaya hidup moden

Ketersediaan: November 2025 di nothing.tech, saluran online partner, dan retailer Nothing.


Dengan pelancaran Headphone Pro serta Watch 3 Pro Green Variant, CMF terus mengukuhkan posisi mereka sebagai jenama teknologi yang menekankan rekaan berani, fungsi pintar, dan harga mesra pengguna.

Post a Comment

0 Comments