Ticker

6/recent/ticker-posts

vivo Vision Headset Mixed Reality Pertama Akan Hadir Ke Malaysia.

vivo Melancarkan  Headset Mixed Reality Pertama. vivo Vision Discovery Edition Akan Hadir ke Malaysia.

vivo meraikan ulang tahun ke-30 dengan pelancaran produk terbarunya, vivo Vision Discovery Edition, headset Mixed Reality (MR) pertama jenama itu yang diperkenalkan semasa acara vivo Vision Launch Event & Imaging Grand Ceremony.

Pelancaran ini menandakan langkah besar vivo dalam dunia spatial computing dan teknologi immersive, menjadikan vivo sebagai syarikat pertama dari China yang kini beroperasi dalam dua bidang, telefon pintar dan produk MR.

Reka Bentuk Ringan & Pengalaman Imersif

Empat tahun dibangunkan, vivo Vision Discovery Edition direka untuk kegunaan harian dengan binaan yang ringan dan ergonomik. Beratnya hanya 398g, dengan ketinggian 83mm dan ketebalan 40mm,  kira-kira 26% lebih kecil daripada purata industri.

Ia turut dilengkapi empat saiz light seal dan lapan pilihan padding foam, supaya pengguna dapat keselesaan optimum walaupun digunakan dalam tempoh lama.

Dikuasakan Platform Snapdragon XR2+ Gen 2


Headset ini dijana oleh cip Qualcomm Snapdragon XR2+ Gen 2, yang memberikan peningkatan prestasi GPU sehingga 2.5x dan prestasi AI 8x lebih baik berbanding generasi terdahulu.
Dengan kuasa ini, vivo Vision Discovery Edition mampu memberikan pengalaman visual dan interaktif yang lancar dalam dunia spatial computing.

Sistem Operasi OriginOS Vision

Menjalankan sistem OriginOS Vision, headset ini membolehkan interaksi yang lebih natural dan intuitif, membuka ruang kepada pelbagai senario seperti hiburan, gaming, dan produktiviti.

Antara ciri menariknya ialah keupayaan menghasilkan skrin teater bersaiz 120 kaki, memberi pengalaman sinematik di mana-mana sahaja, termasuk menonton sukan secara langsung dari pelbagai sudut pandang atau split-screen mode



Kini Ada di Malaysia

vivo kata vivo Vision Discovery Edition ni available untuk korang experience sendiri di vivo Concept Store terpilih seluruh Malaysia.

Korang perasan tak vivo Vision ni mirip apa? 

Post a Comment

0 Comments