Ticker

6/recent/ticker-posts

realme C85 5G masuk Malaysia dengan Bateri 7000mAh dan datang dengan IP69 Pro!

realme C85 5G masuk Malaysia dengan bateri 7000mAh dan tahan air ekstrem

realme rasmi melancarkan realme C85 5G di Malaysia dan kali ni memang fokus pada satu benda utama tahan lasak + bateri besar. Dalam kategori bajet, phone ni antara yang paling berani push limit.

rekod GUINNESS WORLD RECORDS

realme C85 5G datang dengan IP69 Pro yang gabungkan perlindungan IP69K, IP69, IP68 dan IP66. Maksudnya bukan setakat tahan hujan atau percikan air, tapi boleh rendam, kena semburan tekanan tinggi dan tahan pelbagai jenis cecair. Phone ni juga catat rekod GUINNESS WORLD RECORDS untuk ujian ketahanan air secara serentak.

Bateri 7000mAH

Bateri dia pakai 7000mAh Titan Battery. Guna berat sehari pun masih boleh berbaki banyak. Ada 45W SUPERVOOC charging, 5 minit cas boleh dapat sejam tontonan video, siap boleh reverse charge untuk cas device lain. Untuk jangka panjang, realme claim bateri ni direka tahan sampai 6 tahun.

Dari segi prestasi, versi 5G guna cip MediaTek Dimensity 6300 dengan sokongan RAM dinamik sampai 24GB. Skrin besar 6.8 inci, 144Hz refresh rate, cerah sampai 1200 nits dan boleh detect sentuhan walaupun tangan basah. Kamera utama 50MP Sony cukup solid untuk daily use.


Harga Malaysia pula RM799 untuk realme C85 5G 8GB RAM 256GB storan lepas rebat, siap dapat hadiah tambahan dan perlindungan kerosakan cecair. Untuk phone bawah RM1K, C85 5G ni memang sesuai untuk pengguna yang lasak, selalu outdoor dan tak nak pening fikir pasal bateri.


Senang cerita, kalau korang nak phone bajet yang tahan hentam, bateri padu dan ciri moden, realme C85 5G ni memang patut masuk shortlist.

Post a Comment

0 Comments