Apple rasmi memperkenalkan Apple Creator Studio, satu langganan baharu yang menggabungkan aplikasi kreatif paling power mereka dalam satu pakej. Fokus dia jelas untuk content creator, video editor, pemuzik, designer, pelajar dan sesiapa sahaja yang buat kerja kreatif guna Mac, iPad dan iPhone.
Dengan satu langganan, pengguna boleh akses aplikasi pro untuk video editing, music production, creative imaging dan juga productivity, siap dengan ciri AI pintar dan premium content.
Apa yang ada dalam Apple Creator Studio
Apple Creator Studio merangkumi aplikasi berikut
Video & Motion
• Final Cut Pro untuk Mac dan iPad
• Motion
• Compressor
Music Production
• Logic Pro untuk Mac dan iPad
• MainStage
Creative Imaging
• Pixelmator Pro untuk Mac dan kini rasmi di iPad
Productivity & Visual
• Keynote
• Pages
• Numbers
• Freeform akan menyusul dengan ciri premium kemudian
Semua ini boleh digunakan merentasi Mac, iPad dan iPhone bergantung kepada aplikasi dan fungsi.
Final Cut Pro Jadi Lagi Smart Untuk Editing
Final Cut Pro kini hadir dengan ciri AI baharu yang fokus untuk jimatkan masa editing
• Transcript Search
Cari dialog atau ayat dalam video hanya dengan taip perkataan. Sangat sesuai untuk interview dan podcast video
• Visual Search
Cari klip berdasarkan objek atau aksi dalam footage
• Beat Detection
AI akan detect beat dan bar muzik terus dalam timeline, senang nak sync cut ikut lagu
• Montage Maker di iPad
AI auto pilih shot terbaik dan susun video dengan pacing yang kemas. Siap boleh tukar horizontal ke vertical guna Auto Crop
Untuk motion graphics, Motion hadir dengan Magnetic Mask yang boleh asingkan subjek tanpa green screen. Compressor pula mudahkan proses export ikut platform.
Logic Pro Fokus Bantu Idea Muzik Jadi Real
Logic Pro dapat beberapa ciri AI yang memang power
• Synth Player
Session Player berasaskan AI untuk chord dan synth bass, rasa macam ada musician sebenar dalam projek
• Chord ID
Terus tukar audio atau MIDI kepada chord progression, sangat berguna untuk composer dan producer
• Sound Library baharu
Banyak loop dan sample royalty-free
Logic Pro iPad pula kini sokong Quick Swipe Comping dan natural language search untuk cari bunyi atau loop ikut ayat yang kita taip.
Dengan MainStage, sound dari studio boleh terus dibawa ke pentas live tanpa setup yang rumit.
Pixelmator Pro Kini Rasmi Di iPad
Pixelmator Pro akhirnya tiba di iPad dengan interface yang dioptimumkan untuk touch dan Apple Pencil. Antara highlight
• Full Apple Pencil support termasuk hover, squeeze dan double tap
• Layers, masking dan smart selection lengkap
• AI features seperti Super Resolution, Auto Crop dan Deband
• Warp Tool dan mockup premium untuk subscriber
Workflow antara Mac dan iPad juga seamless, sesuai untuk designer dan content creator yang kerja on the go.
Productivity Apps Dengan Sentuhan AI
Keynote, Pages dan Numbers kekal percuma untuk semua, tapi Apple Creator Studio buka akses kepada
• Content Hub dengan asset premium
• Template dan theme eksklusif
• Image generation dan editing guna model AI
• Keynote boleh auto generate slide dari text outline
• Numbers boleh generate formula dan isi data guna Magic Fill
Semua ini direka untuk percepatkan kerja presentation, dokumen dan spreadsheet tanpa pening kepala.
Harga dan Ketersediaan di Malaysia
Apple Creator Studio akan tersedia bermula 29 Januari
• RM29.90 sebulan
• RM299 setahun
• Trial percuma 1 bulan
Pelajar dan Guru
• RM9.90 sebulan
• RM99 setahun
Langganan ini boleh dikongsi sehingga 6 ahli melalui Family Sharing.
Untuk yang masih nak beli secara sekali bayar, Apple masih tawarkan versi Mac bagi Final Cut Pro, Logic Pro, Pixelmator Pro dan lain-lain secara individu di Mac App Store.
Apple Creator Studio jelas disasarkan untuk creator moden yang nak satu ekosistem lengkap tanpa perlu beli app berasingan. Dengan gabungan aplikasi pro, AI features dan sokongan multi-device, ia nampak macam satu langkah besar Apple untuk tarik lebih ramai content creator dan creative professional masuk deeper dalam ecosystem mereka.
Kalau kita buat video, edit gambar, produce muzik atau buat presentation hampir setiap hari, langganan ni memang nampak berbaloi dari segi value dan workflow.
0 Comments
Komen pendapat anda