Lineup terbaru Harley-Davidson 2026 tampil dengan teknologi lebih advanced, prestasi dipertingkat dan pilihan model lebih premium untuk rider Malaysia.
Harley-Davidson Malaysia baru sahaja memperkenalkan lineup penuh model 2026 mereka, dan kali ini memang nampak jelas fokus dia bukan sekadar refresh biasa. Diorang bawa positioning yang lebih premium dengan gabungan performance, teknologi dan juga experience riding yang lagi refined.
Antara highlight utama termasuk model touring terbaru, cruiser yang ditambah baik, serta barisan eksklusif CVO yang memang target rider yang nak sesuatu yang rare dan premium.
Lineup 2026 Lebih Besar, Lebih Premium
Untuk tahun 2026, Harley-Davidson Malaysia hadir dengan beberapa kategori utama iaitu Grand American Touring, Cruiser dan juga Custom Vehicle Operation.
Model baru seperti Street Glide Limited dan Road Glide Limited jadi tumpuan utama, bersama model lain yang masih dikekalkan tapi diberi upgrade dari segi prestasi dan teknologi. Harga permulaan pula sekitar RM112,000, jadi memang positioning dia jelas ke arah segmen premium.
Menariknya, semua model ini dah mula available untuk public tengok secara dekat bermula 26 April melalui National Dealer Open House di seluruh Malaysia.
Touring Makin Advanced, Bukan Sekadar Ride Jauh
Untuk kategori touring, Harley-Davidson betul betul naikkan level experience.
Street Glide Limited dan Road Glide Limited dibina khas untuk long distance rider yang nak comfort maksimum tanpa compromise performance. Antara benda menarik:
- Enjin Milwaukee Eight VVT 117 yang lebih berkuasa
- Sistem audio premium dari Rockford Fosgate
- Skyline OS dengan navigation built in dan touchscreen penuh warna
- Rekaan baru Grand Tour Pak untuk storage lebih praktikal
Secara ringkas, ini bukan sekadar motor touring biasa, tapi memang fokus pada luxury riding experience.
Cruiser Lebih Character, Lebih Personal
Untuk kategori cruiser pula, lineup 2026 hadir dengan banyak pilihan seperti:
- Low Rider S
- Low Rider ST
- Heritage Classic
- Breakout
- Fat Boy
- Street Bob
Setiap model ada identiti sendiri, dari gaya klasik sampai ke performance oriented. Semua model ni juga guna enjin Milwaukee Eight 117, tapi dengan tuning berbeza ikut karakter masing masing.
So rider boleh pilih ikut vibe, bukan sekadar spec.
CVO 2026, Level Rare dan Exclusive
Kalau nak something lagi high level, Harley-Davidson juga perkenalkan barisan Custom Vehicle Operation (CVO) untuk 2026.
Ini memang kategori paling premium dengan production terhad. Antara model yang diperkenalkan:
- CVO Street Glide ST
- CVO Road Glide ST
CVO ni lebih kepada craftsmanship, design unik dan teknologi paling advanced dalam lineup Harley. Memang target rider yang nak exclusivity.
Boleh Test Ride dan Custom Ikut Style Sendiri
Harley-Davidson Malaysia juga buka peluang untuk customer arrange test ride dan explore customization.
Selain motor, diorang juga tawarkan accessories, riding gear dan apparel untuk lengkapkan lifestyle Harley tu sendiri.
Kesimpulan
Lineup Harley-Davidson 2026 ni jelas menunjukkan hala tuju brand yang makin premium dan experience focused.
Daripada touring yang makin advanced, cruiser yang penuh karakter, sampai ke CVO yang eksklusif, semua ada target audience masing masing.
Kalau Putra jenis suka ride jauh atau nak masuk dunia Harley dengan gaya yang lebih premium, lineup 2026 ni memang antara yang paling menarik setakat ini.




0 Comments
Komen pendapat anda