Butang AI Untuk Kawalan Kamera Macam iPhone 16? HONOR 400 Lite Kini Di Malaysia Serendah RM1,299!
HONOR 400 Lite kini rasmi di Malaysia dan bawa ciri AI flagship pada harga bajet. Yang paling menarik – dia datang dengan Butang AI khas untuk kawalan kamera, seakan butang khas yang diperkenalkan pada iPhone 16. Sekali tekan buka kamera, tekan lagi untuk snap siap boleh swipe untuk zoom – memang style! Nampaknya iPhone dah ada pesaing dalam segment phone bajet.
📸 Highlight Utama HONOR 400 Lite:
- Butang AI khas – Untuk kawalan kamera dan AI Features.
- MagicOS 9.0 + AI Eraser, AI Translate, AI Outpainting
- Google Gemini Assistant – bantu buat kerja harian
- Kamera utama 108MP + selfie 16MP dengan Selfie Light
- AMOLED 6.7" 120Hz, 3,500 nits – paparan terang & lancar
- Bateri 5,230mAh + 35W pengecasan pantas
Harga & Tawaran Istimewa
HONOR 400 Lite dijual pada RM1,299 sahaja. Korang boleh dapatkan rebat segera RM200 dan warranty tambahan 1 tahun bernilai RM99 secara percuma.
Untuk rebat RM200 segera korang boleh pergi mana-mana kedai HONOR Store atau pengedar sah Ambil gambar HONOR 400 Lite dan post di media sosial dengan hashtag #HONOR400LiteMY. Tunjukkan bukti semasa pembelian untuk rebat RM200.
Promosi sah dari 25 April – 24 Julai 2025.
Korang juga boleh Dapatkan Secara PERCUMA atau Serendah RM5 dengan Telco pilihan Korang!



- Maxis Postpaid 109 – HONOR 400 Lite PERCUMA
- U Mobile U Postpaid 98 / Family 128 – PERCUMA
- Yes 5G Infinite+ Basic Plan – hanya RM5 dengan plan RM58/bulan
Untuk maklumat lanjut, lawati laman rasmi HONOR: www.honor.com/my
HONOR 400 Lite – Flagship AI, Harga Mesra Poket!
0 Comments
Komen pendapat anda