Ticker

6/recent/ticker-posts

Abang Bomba Dapat HONOR X9d Siap Dapat Diskaun

 


HONOR X9d 5G Untuk Anggota Bomba, Siap Dengan Diskaun Eksklusif

HONOR memperkenalkan satu inisiatif istimewa untuk menghargai jasa anggota bomba di Malaysia dengan menjadikan HONOR X9d 5G sebagai telefon pintar rasmi pilihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Phone ni bukan sekadar nampak rugged, tapi memang direka untuk bertahan dalam keadaan ekstrem – sama macam semangat wira merah kita.

Direka Untuk Ketahanan

HONOR X9d 5G dilengkapi dengan:

  • IP69K waterproof & dustproof
  • SGS Triple Resistant Certification
  • Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun
  • Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari
  • Waranti lanjutan 1 tahun

Kombinasi perlindungan ni menjadikan X9d 5G sebagai phone pertama di Malaysia dengan pakej jaminan menyeluruh untuk pengguna yang perlukan ketahanan maksimum.

Spesifikasi & Peningkatan

Selain ketahanan, X9d 5G juga datang dengan enam peningkatan utama:

  • Bateri 8,300mAh - boleh tahan sehingga 3 hari sekali cas
  • Paparan OLED 6.79 inci 1.5K - dengan kecerahan 6,000 nits
  • Snapdragon 6 Gen 4 – prestasi lebih pantas & cekap
  • Pembesar suara stereo dwi bass – bunyi lebih lantang & jelas
  • Storan 256GB/512GB dengan 12GB HONOR Turbo RAM
  • Rekaan warna baru termasuk Reddish Brown yang diinspirasikan dari warna uniform bomba

Tawaran Eksklusif untuk JBPM

Sebagai tanda penghargaan, HONOR beri diskaun eksklusif 15% kepada anggota bomba yang beli HONOR X9d 5G melalui laman rasmi HONOR, dengan syarat guna emel rasmi JBPM.

Setiap pembelian juga hadir dengan hadiah percuma bernilai RM946 termasuk:

  • HONOR Watch 2i
  • Perlindungan retak depan & belakang 365 hari
  • Waranti lanjutan 1 tahun
  • Waranti kerosakan cecair 1 tahun

Harga & Pilihan Warna

HONOR X9d 5G dijual pada harga:

  • RM1,499 untuk varian 256GB
  • RM1,699 untuk varian 512GB

Warna pilihan: Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black.




Kesimpulan
HONOR X9d 5G bukan saja lasak, tapi lengkap dengan spesifikasi moden yang sesuai untuk semua golongan, dari anggota bomba yang perlukan phone tahan lasak, hinggalah pengguna biasa yang nak bateri besar & skrin terang. Dengan tawaran eksklusif untuk JBPM, jelas HONOR nak jadikan X9d 5G sebagai simbol ketahanan untuk wira negara.


Post a Comment

0 Comments