Ticker

6/recent/ticker-posts

Sime Motors Raikan 45 Tahun Kepimpinan Automotif

Sime Motors Raikan 45 Tahun Kepimpinan Automotif Dengan Persembahan Hebat Bersama Malaysian Philharmonic Orchestra

Sime Motors meraikan ulang tahun ke-45 mereka dengan cukup bergaya melalui malam gala bertemakan “Orchestrating Excellence” yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas.

Majlis ini bukan sekadar sambutan ulang tahun, tapi satu penghargaan buat semua pihak yang dah bersama Sime Motors sepanjang empat dekad lebih perjalanan mereka dalam dunia automotif Malaysia.

Malam Penuh Muzik dan Inspirasi

Dipimpin oleh konduktor terkenal Gerald Salonga, persembahan malam itu turut menampilkan Liu Muyu di piano dan penyanyi tersohor Aina Abdul yang menambah warna dan emosi pada malam penuh gemilang itu. Gabungan orkestra, muzik dan persembahan vokal buat suasana terasa eksklusif dan menyentuh hati.

Selain persembahan, Sime Motors turut menghargai rakan kongsi utama yang banyak menyumbang kepada kejayaan mereka selama ini, termasuk BMW Group Malaysia, BYD, DENZA, Ford, Hyundai, Jaguar Land Rover, Porsche Malaysia dan Volvo Cars Malaysia.

Anugerah penghargaan disampaikan oleh Andrew Basham, Managing Director Sime Motors, bersama Jeffrey Gan, Managing Director Southeast Asia Sime Motors.

“Perjalanan 45 Tahun Ini Tentang Orang dan Kepercayaan”

Menurut Andrew Basham, kejayaan Sime Motors selama ini dibina atas kepercayaan dan sokongan semua pihak.

“Perjalanan 45 tahun ini adalah tentang orang-orang di sekeliling kami — pelanggan, rakan kongsi, dan pekerja yang menjadikan Sime Motors seperti sekarang. Kami akan terus pandu ke hadapan dengan inovasi, kerjasama yang lebih kuat, dan pengalaman pelanggan yang terbaik.”

Dedikasi Untuk Masa Depan Automotif

Majlis turut dihadiri pelanggan setia, rakan industri, wakil jenama, klien korporat, serta media. Ia bukan sekadar malam meraikan sejarah, tetapi juga menandakan komitmen Sime Motors untuk terus memimpin industri automotif Malaysia ke arah masa depan yang lebih mampan dan inovatif, terutama dalam segmen kenderaan elektrik (EV).


Tentang Sime Motors

Sime Motors ialah salah satu perniagaan utama di bawah Sime Group, mewakili pelbagai jenama daripada segmen mewah seperti BMW, Rolls-Royce, Jaguar, Land Rover, Porsche, sehinggalah ke jenama popular seperti Ford, Hyundai dan BYD.

Syarikat ini beroperasi di 10 pasaran utama termasuk Malaysia, Singapura, Hong Kong, China, Taiwan, Australia, New Zealand, Thailand, dan Indonesia. Sime Motors aktif dalam keseluruhan rantaian perniagaan automotif — daripada import dan pemasangan, pengedaran, jualan runcit hinggalah penyewaan kenderaan.

Dengan fasiliti bertaraf dunia dan fokus terhadap pengalaman pelanggan, Sime Motors terus komited untuk menjadi peneraju automotif serantau, terutama dalam memperkukuh peralihan ke arah mobiliti elektrik dan teknologi masa depan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.simemotors.com.my.


Post a Comment

0 Comments