Ticker

6/recent/ticker-posts

Bukan Lagi Mid-Range, HONOR N Series Kini Masuk Liga Flagship

 


HONOR N Series Kini Bertaraf Flagship Dengan Fokus AI Imaging dan Prestasi Tinggi

HONOR kini secara rasmi mengumumkan perubahan besar untuk N Series mereka apabila siri ini dinaik taraf daripada kategori mid-range ke flagship. Langkah ini menunjukkan hala tuju baharu HONOR yang semakin agresif dalam membawa teknologi premium kepada lebih ramai pengguna.

Perubahan ini bukan sekadar dari segi positioning, tetapi turut melibatkan peningkatan dari aspek prestasi, kamera dan juga reka bentuk.

Prestasi Flagship Dengan Snapdragon Elite-Level

Untuk menyokong status baharu ini, HONOR melengkapkan N Series dengan chipset Snapdragon bertaraf flagship. Ini memberikan prestasi yang lebih lancar, responsif dan sesuai untuk penggunaan harian termasuk multitasking dan penggunaan aplikasi berat.

Dalam masa yang sama, HONOR turut menekankan integrasi AI bagi memastikan pengalaman pengguna lebih pintar dan efisien.

Kamera Telephoto Lebih Power dan Lebih Jelas

Salah satu peningkatan utama adalah pada sistem telephoto yang kini lebih berkuasa. Kamera ini direka untuk menghasilkan gambar dengan lebih jelas walaupun dari jarak jauh.

Sama ada untuk ambil gambar skyline atau candid shot, hasil yang diberikan lebih tajam dan lebih detail, sesuai untuk pengguna yang gemar fotografi mobile.

AI Imaging Yang Lebih Kreatif dan Realistik

HONOR juga memperkenalkan teknologi AI Imaging terbaru yang menjadi highlight utama untuk siri ini.

Antara fungsi menarik adalah AI Image-to-Video, di mana pengguna boleh menghidupkan gambar statik menjadi video yang lebih cinematic dan emosional.

Feature ini sesuai untuk rakaman kenangan seperti gambar keluarga, rakan dan juga haiwan peliharaan, menjadikannya lebih hidup dan bermakna.

Rekaan Premium Dengan Cold Carving Craftsmanship


Dari segi reka bentuk, HONOR tampil dengan pendekatan lebih premium melalui penggunaan teknik cold carving.

Hasilnya adalah kemasan yang lebih kemas, solid dan selesa dipegang, sekaligus memberikan pengalaman penggunaan yang lebih premium selari dengan status flagship.

Maklumat Lanjut Akan Diumumkan

Untuk maklumat penuh mengenai HONOR N Series terbaru ini, pengguna boleh nantikan pengumuman rasmi pada 9 April 2026.

Post a Comment

0 Comments